blog aqmal




Everyone now, they look back and they're like, "What happened to your sweet image that you used to be?" And I'm like, then when you came out you thought I was too provocative. It's like you can never win. No matter what you do, at the end of the day you can't please everybody, you know. I'm not here to please...

You know, I have such an appreciation for where I am in my life because I've struggled and because I couldn't get signed, and because I couldn't get played … There are times when it can be a lot to deal with but always when I get up in the morning I try to find that very joyful place that reminds me that I would die if someone took it all away. If someone did that I wouldn't be a person anymore.

I think with anybody who’s doing well in the public eye or whatever, there’s always gonna be a shift because people don’t wanna see somebody happy all the time. And they’re gonna try to take shots at you. People are mean, they try to tumble you down. They love to see you cry and mourn. I guess people are really born to be jealous and threat.

Adakah aku pembunuh?

Ia terlalu pantas. 

Tiada yang sempat melintas di fikiran.

Tiada masa untuk memikirkan.

Dan akhirnya ia terjadi.

Lewat malam tadi aku keluar membeli sedikit makanan. Aku keluar juga walau baru pulang dari rumah opah. Penat memandu pun masih terasa lagi. Di rumah opah, opah begitu rajin membentangkan makanan. Setelah selesai satu juadah, disajikan pula dengan hidangan yang lain, sehinggalah aku pulang. 

Suasana jalan yang suram dan lampu yang samar. Aku pecut pulang ke rumah setelah membeli sedikit makanan. Walau kenyang aku tetap membeli kerana terbayang nanti tentu lapar akan datang menemani malam aku. Aku parkir kereta dihadapan rumah. Aku merenung ke jam sebelum mematikan enjin. Kemudian aku tersedar posisi kereta aku tidak memuaskan. Ingin aku undur ke belakang, tiba-tiba enjin kereta mati. Entah kenapa enjin agak semput dan susah dihidupkan. Setelah berjaya hidup, aku membetulkan kedudukan kereta sepuas hati aku.

Ketika itu, barulah aku terpandang cermin sisi aku. Kelihatan suatu makhluk dibelakang kereta, aneh kerana sebelum ini tidak perasan pula kewujudannya. Kemudian aku syak sesuatu telah berlaku. Apa yang telah aku lakukan? Aku terpandang seekor kucing dibelakang kereta tidak berganjak tetapi ekor dan kakinya bergerak-gerak. Aku tergamam, apakah mungkin aku melanggarnya. Aku cuba menjernihkan fikiran, tidak pula terdengar bunyi kucing jika benar aku melanggarnya. Tapi memikirkan enjin kereta tiba-tiba mati, apa pula kaitannya. Aku kaku seketika. Aku jeling lagi ke cermin sisi, walau keadaan agak kelam tapi masih terlihat kucing itu bergerak-gerak seolah terketar. Agak dalam 10 saat kemudian, kucing itu tidak lagi bergerak. 

Dada aku berdegup kencang. Sudah matikah kucing itu? Aku masih lagi tidak keluar dari kereta dan memerhatikan semuanya dari cermin sisi. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan dan aku agak cemas. Akhirnya aku menoleh kebelakang dan menjenguk kucing itu dari tingkap. Aku menjadi sebak apabila melihat dua ekor anak kucing yang sangat kecil tiba-tiba muncul dan mengelilingi kucing yang telah mati itu. Ya Allah, aku telah bunuh ibu kepada dua anak kecil. Aku akui setelah itu aku kunci stering kereta dengan tangan yang terketar-ketar, aku benar-benar terganggu dengan apa yang telah terjadi.  Aku langsung tidak perasan kehadiran kucing itu ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang gelap. Tiada niat aku untuk semua ini berlaku, dan ia adalah sangat dikesali.

                                             

nota kaki : aku sangat sayangkan kucing. walau aku bukan tuannya, kucing ini kerap kali bermain di kawasan rumah aku termasuk anak-anaknya. Kucing ini sangat comel, berbulu lebat dan sangat lembut. Kali terakhir aku melihatnya sebelum ini semua terjadi adalah ketika kucing ini memanjat pokok ceri dihadapan rumah. Aku minta maaf.

nota nota kaki : kejadian ini berlaku malam tadi, dan pada malam tersebut aku tidur lambat kerana movie marathon sehingga 6 pagi dan tidur lepas subuh. Sempat juga aku bermimpi dimana kucing itu masuk dalam mimpi aku! Dan dia masih hidup cuma kakinya yang agak cacat, tetapi masih dapat berjalan dengan betul dan masih lagi comel.

Memoirs Of Diplomas

                                           

Pengajian Diploma aku sudah tamat. Semua sudah bersurai ikut haluan masing-masing.  Ia bermula pada tahun 2009, terasa asing dengan semua orang tapi syukur ada beberapa kenalan lama. Dan semuanya berakhir pada minggu lepas, pada Mei 2012. Kadang-kadang terasa masa begitu perlahan, tetapi ada juga terasa masa terlalu laju. Aku pun pohon maaf kepada semua dan berterima kasih atas semuanya.

Aku masih ingat lagi masa hari pertama, aku salah masuk toilet. Rupanya toilet staff, satu lecturer tanya aku yang aku ni staff baru ke, haha. Aku cakap aku student, dan minta maaf hari pertama aku tak tahu selok belok situ lagi. Sebenarnya aku tahu itu memang toilet staff sebab cantik semacam, siap hand gel. Diskriminasi, toilet student buruk je. 

Kemudian, aku dilantik jadi class rep. haha, ini semua sebab member aku yang kecoh masa hari pelantikan, untung ada member lama satu kelas, kamilah yang paling kecoh. Budak lain diam je sebab masih tak kenal satu sama lain. Aku ingat lagi ada lecturer puji aku sebab aku photostet nota untuk satu kelas secara percuma. Sebab itu aku tak benci lecturer itu sedangkan semua student tak suka dia, sebab dia rajin saman student.

                                

Cerita pasal lecturer, ada satu lecturer masa aku semester 1 entah kenapa dia anti semacam kat aku. Sentiasa attack aku dalam kelas, macam haram jadah pun ada, terutama bila dia secara terang kutuk aku depan satu kelas. Bayangkan perasaan aku, dah la aku class rep, nasib baik ada member yang backup. Kemungkinan sebab dia marah aku kunci pintu dan dia terperangkap kat luar lab suatu ketika dulu kot. hahaha. Terus terang, dialah lecturer yang paling aku benci. 

Ada satu lecturer ni, dia bukan main garang, suka suruh student datang depan selesaikan soalan. Terasa macam kanak-kanak pula. Pernah ada student bawa sugar glider, dia ugut nak campak masuk hutan. hahaha, sumpah klaka. Sedangkan ada lecturer lain tiap kali masuk kelas mesti nak ambik gambar natang tu. Berbeza kan? Dia pun rajin rampas handphone kalau sesiapa main phone dalam kelas.

                                

Ada lagi sorang lecturer dalam kelas dia tak pernah berhenti cakap lebih dari 5 saat. Sentiasa cakap. Pernah sekali, hujung seluar dia termasuk dalam stokin. Sumpah kelakar gila, ada student siap lukis insiden tu dan tersebar dalam facebook. Dia agak kelam, pernah lupa nak off slide projector sampai jatuh atas lantai, teraburkan marker pen dan duster. Haha, paling kelakar seluar masuk stokin tu la.

Classmate aku ni pun bermacam gaya orang ada. Ustazah, kaki motor, si pelik, kaki gelak, kaki bahan. Lantak la aku malas nak ambil port. Aku tak rapat dengan semua orang, tapi aku cuba buat baik dengan semua orang. Yang aku tahu, kami semua memang kaki jalan. Rajin juga la terjun sungai dan air terjun mana-mana, pantai juga. Tak kurang juga kompleks dan panggung. Untung duduk tengah bandar besar ni, keliling semua pusat hiburan. haha. Ada ketika, tiap minggu menjejak curve dan ikea. 

             

Belum cerita lagi trip final destination, tiap kali final destination keluar dekat wayang, semua menggelabah nak tengok, tengok midnight lepas tu overnight terus. Rindukan zaman-zaman kegemilangan masa itu. Ada member aku kalau tengok wayang mulut dia tak pernah diam. Pernah sekali ada auntie kat depan bangun dan tunjuk isyarat warning. Pernah juga brader sebelah aku sound sound tapi indirect. Haha. Rasanya seronok bila ada respon dan menghayati certa itu dengan sedikit reaksi, daripada diam tengok wayang macam batu. 

Ada member yang kaki lepak, sentiasa ready bila aku ajak jalan, tapi ada yang lain kepala agak cannot go la. Aku rasa kebanyakkan member aku semua otak gila, sentiasa buat lawak dan tak pernah serius. Gelak macam nak mati. Rasa malaikat maut tu dah dekat sangat, haha. Antara lawak yang aku rasa tak logik tapi kenapa entah sentiasa nak gelak, iaitu lawak dalam kedai Chilis. Ia berkaitan dengan duit baki, tapi kelakar gila, bayangkan gelak dari sebelum bayar sampai dalam kereta tak habis lagi.

                               

Pernah masa dalam kelas, lecturer ni mengajar agak bosan dan semua macam malas nak dengar. Sekali dia bangun dari meja dia, semua menggelabah kemas barang atas dan bawah meja. Kantoi rupanya semua tengah study benda lain sebab lepas tu ada test. haha. Selalu juga kami seludup makanan dalam kelas. Tapi yang paling best seludup jam dari McD, beli sebuku roti dan edar satu kelas. Lecturer kat depan, kami sapu jam atas roti bawah meja.                   

Banyak sebenarnya memori yang best, dan yang tak berapa nak best sepanjang 4 tahun ni, kebanyakkan dah lupa. Nanti kalau aku ingat kemungkinan entri ini ada sambungan. Kalau tiada mungkin memang terlupa atau aku malas nak post. Aku doakan semua kawan aku yang terbaik. 

                                         

Hai

Can you believe that, its almost mid of the year and this is like one of my first post of this year (second to be exact). It’s like im dumping my own blog. I have been so overwhelmed with my classes, my work and a little of this and that which makes me pretty adrift. But fear no more, i have finally achieve my riddance. So watch out, daddy’s back. 

                 

Yang tiada cemburu yang ada.

Manusia bersifat yang bercampur-campur. Jika dihitung nescaya tak tercapai untuk dihisab. Adalah benar jika saya katakan manusia juga bersifat mengkritik, membandingkan dan mempersoal. Itu perkara biasa dan sering terjadi terutama di dalam perbualan dan percakapan. Yang ingin ditekankan disini adalah kelakuan yang suka mengutuk dan merendah-rendahkan. 

Setiap manusia ada pencapaian dan perolehan masing-masing. Namun cukup tak enak jikalau sesuatu yang positif itu diterima dengan cara yang negetif. Kelam, suram dan dalam. Masyarakat yang baik sepatutnya menyambut baik sesuatu perkabaran yang baik. Berkongsi kegembiraan. Sama-sama merasai apa yang ingin dikongsi. Bukankah itu kedengaran sesuatu yang normal?

Sebilangan orang apabila menerima berita gembira itu, terus menempelak. Tarik muka masam. Seolah-olah ada kesalahan disitu. Barang kali wujud segelumit cemburu di hatinya. Tak tertahan melihat kejayaan orang lain. Lalu dipegang kejayaan orang itu, dan dicarinya kecacatan disana-sini. Lalu timbul kutukan demi kutukan. Tak cukup dengan itu, dipersoal lagi dengan soalan-soalan yang mengguris. Kemudian membandingkan kejayaan tadi dengan orang lain. Katanya itu dan ini. 

Apa semua itu, bertujuan untuk merendahkan kejayaan oarng tadi. Dimana sifat toleransi masyarakat kita. Apakah rasa tercabar dengan kejayaan orang lain. Hati busuk dan dengki memang tak boleh dipisahkan. Contoh mudah, abu punyai handphone baru. ali membelek handphone itu lalu mencubanya. Usai itu, ali mengomel katanya handphone abu tidak bagus, tidak banyak fungsi dan ditanya kenapa tak beli handphone lain. Bayangkan perasaan abu. Yang lucunya, ali tidak ada pun handphone secanggih abu.

The Comeback

Assalamualaikum. Nampaknya saya membuat kemunculan setelah tenggelam hampir 4 bulan. Literally tenggelam, bukan aku pergi scuba diving dan hanya muncul ke permukaan setelah 4 bulan. Atau aku tersadai di persada lautan selama 4 bulan =__= Secara umumnya dah 4 bulan aku tak mengarang apa-apa, cuma ada la sebulan sekali aku post gambar yang merepek-repek itu hanyalah untuk kurangkan rasa bersalah setelah tak post langsung selama berbulan-bulan. Dan gambar yang terakhir aku post pun adalah sebulan yang lalu.

Four months vanishing 

Sometimes i dont know what i want, sometimes i dont know what im chasing for , sometimes i dont know what goes around me and sometimes i dont know what life means. Where i have been? To be honest, i dont know. It feels like i’ve lost myself too. Life if like on rocky mountain, you go up and down and the world just keep rotating and you keep chasing because you don’t want to be left behind. No one does. And the past four months is just alot to deal with. So many things happen. The happiness, the resentment and all the remorse. Life is always like that, sometimes i really hate it but when thinking about mortality, i’m really living my life and on the second thought, i am happy. I love and hate my life with equal measure. But after all, we just got one life to live. All the memories is worth to give a shot.

Looking up in the clouds

People always tell us what to do, how to handle things. But it’s just so hard to presumed. Really intrusive when everything is just in own hands. Even sometimes what we want is not within our reach. But atleast we can always hope. People always see me in just one direction, with their tedious thoughts. I see things differently from most eyes. I am not what other people always expected. I perceive things what most people cant. And i see the world differently, im not your average kid, the way i think varies. And when i react on certain things, that does not always reflect my whole personality. Other people can be diabolic and never learn to accept the hard truth about themselves. Can’t be intimidated. I am different and you will never get me. 

Opening up possibilities

Truthfully, i am scared. The world of tomorrow is just unknown and runic. What would it be 30 years from now? Not just we’re getting old but the world has changed too. It is a question that a man is uncertain. Sometimes i dont want to grow old, to be an adult. Too much burden and commitment and if anything goes wrong, in a split second the world could be tearing apart. I don’t think i am ready for all that, but that is exactly what i have to face. It is a cycle of life. Make mistakes, wrong decision, learnt to accept and adapt to move forward. Now when we’re 20s, there’s just college problems and teenage drama but as we getting older, the perspective will become broader. For now, i am going into my final semester to complete my diploma. I am pretty sure it’s going to get ugly and another rough memories will come to embrace. But, i will put myself together and no matter what happen i shall move forward. As i said, i have a different looking glass and i see the world differently. It is my life, and i face the world with my own peril.