Ada Barang! Barang Baru!
Cak cak cak! Kali ini saya tidak akan memohon maaf kerana kegagalan diri saya update blog :) Sudah terlalu banyak kali maaf sehingga nilai maaf itu jatuh. Jadi apa kata kita lupakan saja dan pretend seolah-olah tiada apa yang berlaku? Okey? Saya kalau berlakon ini agak hebad juga.
Tak tahu lah nak cerita apa. Hmmm. Petang tadi kan, vrooomm vroommm ada benda sampai ke rumah aku! Iaitu komputer baru. muahahaha. Iya, saya dapat komputer baru untuk diletak atas desktop saya. Dan saya sungguh gembira. Ha ha ha. Apa sudah jadi dengan komputer lama? Ia sudah di campak ke tengah laut untuk dibaham ikan piranha! i benci u tau. Komputer itu banyak problem, dia selalu hang. Kekadang okey kekadang hang. Hantar service centre kat damansara, kononnya motherboard rosak.
Dah berapa kali tukar motherboard, dekat beribu dah habis nak tukar motherboard sialan itu. Apa bukti technician tu ganti motherboard baru aku tak tahu, yang aku tahu beraban duit terbang membaiki benda tak berguna itu. Bila dikenang balik, rasa panas je dada ku ini, perasaan seolah-olah dihimpit kebencian yang melampau membuak-buak sehingga tidak terbatas kedahsyatan itu. Syaitan kau komputer Hewlet Packard, aku pangkah kau selamanya. Takkan aku kembali ke dakapan mu! Komputer HP dan Service Center HP semua cap kangkung!
Yang paling penting, saya dapat komputer baru. Hahaha, masa komputer desktop saya yang lama buat hal, untung laptop saya ada untuk menyelesaikan semua tugasan saya yang selalu tertunggak itu. Bertimbun-timbun kalah fail kes mahkamah seorang peguam. Saya order online, dan bayar guna credit card. Tapi tak sampai lima minit saya confirm order, CIMB Bank call. Dia nak confirm kan ade tak saya beli something. Lol. Bagus la security precaution diorang, sungguh pantas. Padan dengan tagline Fast Banking diorang. I follow ! Haha. Mungkin dia takut kad tu da kene curik ka. Ya lah, kad preliminary pon. Saya mana ada kad kredit yang real punya T.T Masa saya order itu, mak saya ada di sebelah dan dia terkejut tiba-tiba phone berdering. Saya pun saja acah “mama, orang apple da telefon” tapi rupanya orang CIMB. haha. Sekian saja cerita saya. BABAI!
