Terbalik
Satu perkara yang aku perasan. Kalau di Facebook, golongan yang cantik dan kaya pasti akan mempunyai ramai teman, ramai orang message dan ramai orang add. Kemudian mereka tidak menghiraukan ‘golongan bawahan’ kerana beranggapan mereka duduk di kelas tinggi dan tidak akan melayan sebarang message dan request dari golongan bawahan ini.
Tapi kalau di Blog, golongan yang miskin pula yang mempunyai ramai pengikut. Mungkin kerana jalan ceritanya yang berbaur simpati dan bersikap terbuka menjadi faktor penarik terhadap mereka. Tapi bagi golongan yang cantik dan rupa paras yang mengancam juga akan mempunyai ramai pengikut. Bagi golongan kaya pula mereka agak kurang menyerlah mungkin kerana jalan cerita mereka yang berbaur menunjuk dan memuji diri.
Kesimpulan disini, anda hanya akan menjadi terkenal di Facebook jika anda cantik dan hot. Tetapi di Blog, selain cantik, anda juga mungkin boleh jadi miskin dan ada cerita sedih untuk dikongsi untuk mencapai populariti.
Sekian laporan analisis AmaLab.
