Aqmal 2.0
Oklah, dah lama tak berceloteh. Banyak nak catchup tapi tak menyempat lalu ia menjadi kicap. Semenjak aku practical ini, langsung tak sempat nak hupdate. Berkejar kesitu kemari, semua ada tahap priority masing-masing, oleh yang demikian Tumblr terpaksa ditolak ke tepi dek tahapnya yang sedikit rendah. Kalau online pun aku bukak facebook, twitter dengan foursquare saja. Tumblr payah sikit sebab dia macam blog, kalau nak update aku kena ade content ape yang nak dimuatnaik. Dah termenung pulak aku depan skrin komputer tataw nak hupdate ape. Siap garu garu kepala sampai berdarah, tercabut kulit kepala dan rerambut *ok ini jijik, meremang bulu roma* idea hupdate masih tak datang. Oleh yang demikian, hupdate di twitter dan foursquare lebih mudah.
Bercakap pasal foursquare, yeap aku ada foursquare. haha. ia masih boleh dikategori baru kerana begitu ramai sekali yang tak tahu apekejadah foursquare ini. termasuk lah kawan-kawan aku, foursquare pun tataw, baik duduk gua lah! nanti search lah aku kat 4SQ yew, name Amal Avmal, boleh kita ronggeng samasama. Ok, cite pasal ronggeng ni pulak kan, dah berapa banyak tempat aku ronggeng dalam bulan ni tapi tade mase nak hupdate kat blog ni, selalu hupdate tweet je. Antara lokasi ronggeng dari Sunway, Mid, Pavi, Ts ke Klcc, The Curve kemudian ke putrajaya tengok hot air baloon, alamanda dan lain-lain termasuk bbq dengan family dan hiking di Fraser Hill.
Ok lah nak story sikit pasal Fraser Hill punya hiking, memang best lah ikut rombongan staff tempat aku tengah praktikal ni kan. Berapa banyak puncak dah sampai, ingat kan dah sampai puncak tapi rupanya ade puncak lagi, lagi dan lagi. Start hiking pukul 12 tengahari, pukul 5 pun masih kat atas lagi, alamatnya nak turun bukit malam lah. Sumpah tak prepare pape, dengan gelap gelita tak bawak torchlight. Ekstrim gila la kan, merayau dalam hutan tengah malam, dah tu hutan kanopi memang tade cahaye yang sampai bawah. Dalam gelap gelita menyusuri denai kecil mencari jalan keluar.
Time tu aku turun dengan lagi 2 perempuan ni sorang staff sorang lagu student gak dan aku sorang lelaki. Bajet macam keeper diorang la kan. Haha, paling kelakar bab diorang berlari sebab dengar bunyi pelik time nak senja. Bunyi jangan cakap la memacam bunyi klua, dengan angin kencang nak hujan. Sumber cahaye kami cuma cahaya dari lampu handphone, macam haram je. Suasana kat sana sejuk so tak terasa haus sangat la, compare dengan hiking kat broga dengan gunung tokwan aritu. aku bawak air sebotol besar da rase menyesal sebab beg jadi berat, siap offer lagi sesiape yang nak cuci tangan ambik je air aku. Tapi time nak balik, menyesal lagi sekali sebab apasal aku tak simpan sikit air untuk time balik. Malam tu tido apartment. Masa nak mencarik apartment tu punyalah susah, lokasi jauh gila dari pekan, siap terserempat dengan harimau kumbang tengah jalan! Selamat kitorang dalam kereta time tu! Esoknye pulak otw nak balik singgah mandi air terjun, best! Pastu ari isnin da penat, aku mc tak pegi keja. hahaha.
Demikian tadi disampaikan, waktu solat fardhu, haha. Tamat sudah kisah di fraser hill, terlebih sampai 2 paragraph pulak! Semenjak aku praktikal ni kan, makin jarang hupdate tumblr. kesian kau kan. Tak pe la, da nasib kau nak buad camne. Yang penting aku tak delete ko, hehe. Cerita-cerita di tempat praktikal ada pasang surutnya, kalau tengah busy memang tak cukup tangan kalau tengah free, online je la kerja nya. Seperti sekarang aku tengah busy lah jugak. Dah ade keje, tapi ditambah lagi dan lagi. Tu kerja office, kerja report untuk diri sendiri pulak langsung tak disentuh. Sumpah aku risau dengan report final aku, langsung tak nampak bentuk, kalau nak diukur tahapnya rasanya masih di tahap molekular, haha.
Kat office sekarang aku dibahagi ikut bahagian bahagian dalam temph tertentu, tapi masalahnya aku ni terlampau rajin dan bos pun suka senyum senyum bagi kerja kat aku. Aku sekarang kat bahagian lain tapi aku buat jugak kerja untuk bahagian-bahagian lain, paham tak? Kiranya dalam satu masa aku buat kerja untuk bahagian penguatkuasaan, bahagian jalan dan bahagian perparitan. Ari tu aku buat BQ (Bill of Quantity), bos suruh siapkan dalam masa 4 jam. Projek untuk 1.5juta! Hahahah, hebad tak, BQ 1.5 juta tu, kalau salah mampos aku. Tapi petang tu bos lepas abis meeting dia puji BQ aku, dengan plan yang aku buat sume, dia kata bagus. Hahhahaa, bos puji, bangge siyallll!!!
