Cuti Dow!
Musim cuti juga bermakna otak kita akan diperlahankan kerana kurang berfikir. Lebih banyak membuat perkara tidak berfaedah dan membazir-bazir waktu sewenangnya kerana pembaziran waktu ini percuma dan tiada bill yang perlu dibayar. Jadi secara amnya kita akan menjadi bodoh seketika pada musim cuti ini. haha.
Pada musim cuti ini jugalah aku bercadang dan kemas bilik aku. Sumpah bilik aku berselerak serabut semak dan menyemak. Atas sikit saja dari penjara bawah tanah. Sebenarnya dah lama aku nak kemas tapi semasa aku praktikal itu tiada masa nak mengemas, aku kemas pastu bersepah balik. Dengan berkotak-kotak fail lama, kertas nota dan spec yang bertimbun-timbun, buku dalam rak buku yang macam nak pecah, dengan habuk tak payah cite la. jijik gila lah bilik aku.
Jadi, proses pengemasan aku ni terbahagi kepada dua iaitu secara zahir dan batin. Haha! Secara zahir adalah bilik aku yang macam lahanat tu, nak kemas gila-gila, indeks semua kertas-kertas aku, susun fail ikut kronologi, dan buku, kotak, baju, dinding, bawah katil semua lah. Manakala secara batin adalah fail-fail aku yang dalam bentuk digital iaitu dalam komputer. Hebad tak, kemas secara zahir dan batin. Haha.
Fail-fail aku sekarang tercampak dalam 3 bijik komputer yang berlainan, nak kena cari satu satu, nak kumpul dan simpan satu tempat saja. Nak carik balik semua nota nota, assignment sem-sem lepas dan dokumen-dokumen yang aku dapat sepanjang aku praktikal ni. Pastu nak buat satu pengkalan data (cewah) untuk semua lagu-lagu yang aku dah download, dengan video-video aku pastu koleksi gambar-gambar aku. Pergh. Ini kerja zahir batin bhai!

* jom beristerirehat dengan britney <3
