blog aqmal




Everyone now, they look back and they're like, "What happened to your sweet image that you used to be?" And I'm like, then when you came out you thought I was too provocative. It's like you can never win. No matter what you do, at the end of the day you can't please everybody, you know. I'm not here to please...

You know, I have such an appreciation for where I am in my life because I've struggled and because I couldn't get signed, and because I couldn't get played … There are times when it can be a lot to deal with but always when I get up in the morning I try to find that very joyful place that reminds me that I would die if someone took it all away. If someone did that I wouldn't be a person anymore.

I think with anybody who’s doing well in the public eye or whatever, there’s always gonna be a shift because people don’t wanna see somebody happy all the time. And they’re gonna try to take shots at you. People are mean, they try to tumble you down. They love to see you cry and mourn. I guess people are really born to be jealous and threat.

Putarlah kamu semua.

Ini punya cerita tidak perlulah ditanya bila masa ianya berlaku. Kerana, anda semua tentu sudah faham keadaan saya. Masa itu saya dan rakan ingin menjamu selera di sebuah restoran di Seksyen 7, Shah Alam. Pusing punya pusing tetapi gagal mendapat petak letak kereta. Lalu aku merungut di dalam hati, mengapalah orang Malaysia ini terlalu gemar memandu kereta dan menyemakkan jalan. Lantas aku terfikir betapa kurang memuaskannya kualiti pengangkutan awam disamping rekabentuk bandar Malaysia yang tidak berasaskan grid lantas menyekat keterbolehsampaian dan penyambungan antara bandar.

Tiba-tiba kelihatan sekumpulan wanita berbadan agak gempal meluru ke dalam kereta tanda akan ada petak kosong. Aku segera mengambil langkah dengan teropoh-gopoh dan memberi lampu isyarat petak itu aku cop dahulu. Manalah tahu nanti berebut pula dengan pemandu lain yang tidak bertimbang rasa. Mereka menghidupkan enjin dan undur kereta mereka untuk keluar dari petak itu. Tetapi oleh kerana keadaan lorong yang sempit (di sini ingin saya menekankan keburukan pemandu yang meletak kereta di bahu dan tengah-tengah jalan ) maka terkial-kial mereka hendak keluar dari petak yang kecil itu.

Jadi, agak lama lah juga kami menanti untuk pemandu itu meninggalkan petak keemasan itu. Apa yang pemandu itu buat, cuma ke depan dan ke belakang ke depan dan ke belakang. Aku mula naik marah kerana sudah terlalu lama masa berlalu tetapi masih gagal keluar lagi. Tambahan sudah panjang kereta beratur di belakang aku kerana kereta perempuan itu sudah melintang di tengah jalan. Aku sudah bersiap sedia untuk keluar kereta dan membantu wanita itu cara-cara keluar dari tempat yang sempit. Namun niat aku disekat apabila ada orang lain yang lebih pantas membantu wanita itu untuk bernavigasi.

Masalah wanita itu adalah, dia tidak putar stering dia dengan betul. Jadi, tiada gunalah undur dan ke depan berapa banyak kali pun masih di tempat yang sama. Pengajaran disini wahai pemandu pemandu wanita di luar sana, apabila keluar dari petak parkir yang sempit, tolonglah putar stering anda sehabis yang boleh supaya tayar anda dapat berpusing dengan betul lantas kenderaan anda juga boleh bergerak dan mencapai sudut yang betul untuk keluar. Sekian.