-
Bye Cuti Hello Kelas.
Bonjour, long time no see. terima kasih la sebab masih setia membaca blog saya. haha. kalau diikutkan dah sebulan tak posting kan. Yalah, masa saya dicuri untuk buat report. Disini, ingin saya uar-uarkan bahawa report saya telah siap! Nak buat satu report pun sampai sebulan. Mana taknya, buat macam ‘hidup segan mati tak mahu’ memang berzamanlah nak siap. Kalau Nostradamus masih hidup, nescaya dia akan, hmm ok saya tak ada idea nak cakap apa. Nostradamus tak ada kaitan dengan saya dan tak ada kaitan dengan cerita yang nak saya coretkan. Jadi kita abaikan pasal Nostradamus tu.
Tahu tak betapa susahnya nak buat report tu. Walau aku ada mencuri report orang lain, pecah masuk secara haram rumah orang, godam komputer orang, curi dari bilik data office, culik beberapa senior. Ye saya tipu lagi, semua tu tak betul. Kenapa dengan saya ni? Mungkin dah lama tak posting, otak saya jadi tak keruan. Macam ikan haruan yang tak bertuan merayau tanpa haluan. Apa-apa pun, report saya dah siap, dan dah hantar pun, dengan bermuka surat setebal 130, termasuk lampiran dan tambahan-tambahan ada dalam 150 lah juga. Saya harap lecturer akan beri markah yang banyak. Saya tak nak cerita lah kan, bertapa sakit otaknya saya sepanjang buat report, berapa banyak pengorbanan saya buat, ok kita tinggalkan topik itu sebentar.
Yang paling penting, cuti saya dah nak abis, awak tau tak macam mana perasaan saya. Saya rasa bagaikan selama ini saya tidur nyenyak diatas katil baldu yang empuk dan diulit mimpi indah, selama berhari, berminggu, berbulan. Tetiba satu ngauman gergasi menyedarkan saya dari tidur, lalu saya terkujat dan terpelanting jatuh katil. Lepas jatuh katil, jatuh tangga pula. Berguling-guling jatuh rebah menyembah bumi. Macam tu la perasaan saya. Saya macam baru tersedar dari lamunan panjang, dan here i am sudah sampai ke penghujung crusie . Show’s over. Cuti dah habis, kembali ke sekolah dengan nota tebal, buku tebal, quiz test kelas assignment. Oh tidak. Saya sudah lama meninggalkan zaman kelas-kelas ni. Semenjak 8 bulan lepas! Semester lepas saya praktikal jadi memang mustahil ada kelas, dan cuti dua bulan. Jangan harap nak sentuh buku, jeling pun ku tak sudi, i jual mahal taw. Pastu sekarang, bangun pagi balik, masuk kelas balik, ngadap lecturer balik. Hathoi.
Aku sekarang trauma la nak bangun awal-awal ni. Bukan apa, lepas subuh konfem dalam kepala otak aku terpanggil-panggil katil aku tu. Kepala berat dah terangguk-angguk nakkan si bantal. Aku memang kalau nak berperang dengan ngantuk ni memang aku surrender la. Aku givap habis. Jadi aku fikir-fikir, macam mana aku nak mengatasi masalah ini, next week dah start kelas, dapatkah aku menahan diri dari ngantuk dan hadiri kelas jikalau aku ditakdirkan untuk datang pada pukul 8.00 pagi. Entahlah, aku serah pada Yang Maha Esa sajalah untuk beri aku kudrat. Tapi saya macam tak percaya saya akan kembali ke kelas! Macam satu comeback! Memang susah nak percaya, 8 months! Rasa macam, ape bende ni, wattehel, asal plak rasa macam nak memberontak. Sukar nak lepaskan mimpi panjang dan kembali ke dunia realiti.














