-
Weekly Update

Haih loteh den. Aku benci gila hari rabu, walau kelas baru start minggu ni tapi aku dapat rasakan betapa ngeri dan dahsyatnya jadual aku sebab terlalu padat terutama hari rabu. otak macam tak cukup RAM dah, memori tak cukup, energy bar merah je. Pastu kelas banyak start pukul 8. Selamat tinggal kehidupan, aku macam takde life sekarang, asyik bangun untuk kelas 8 pagi saja. Apa nak buad, terpaksa aku turutkan saja, ikutkan hati nak saja aku adakan demonstrasi bantahan di jalanan. Haha.
Mari kita rewind apa yang berlaku pada minggu-minggu terakhir sebelum aku start lecture tu. Mesti lah dok mengadap report sampai mata nak nangis, meronta-ronta ‘cukuplah, cukuplah, saya janji tak buad jahat lagi, sudahlah’. selagi report tu tak hantar selagi tu aku rasakan masih ada benda yang tak lengkap dan sebagainya. Jadi sekarang bila dah hantar, hati banyak senang wo. Muka senyum saja, nak tidur pun senyum. Macam orang sakit jiwa yang sentiasa happy tanpa sebab.
Kemudian aku dah dapat lesen full! Sebelum ni lesen P. Pada satu pagi yang indah, aku dengan saja-saja nya membuka wallet aku dan menarik keluar lesen P aku, alangkah terkejut beroknya aku bila menatapi lesen aku itu. Lesen P aku dah expire. Aku pun menggelabah ‘mamposlah aku, tak sedar pula dah expired’ kemudian sengaja aku rahsiakan dari pengetahuan parents aku sementara aku buat research sikit. Rupanya bila lesen P dah expired, kita ada tempoh setahun untuk upgrade ke lesen full. Selamat aku, ingatkan bila dah expired aku kena repeat dari awal, ambil L, test JPJ ape kejadah semua itu. Fuhh selamat! Buat penat aku je terperanjat beruk, bak kata orang ‘terkejut boboi’ hahahaha.
Pastukan, dalam masa seminggu kot lepas lesen Full, aku accident. Macam harem betul. Rosak reputasi aku sebagai pemandu yang berjaya, cekap, bertauliah dan beramal soleh. Tapi bukan salah aku, orang belakang yang tonjol. Dia mabuk agaknya hehe, rasanya dia cakap kat phone sampai tak nampak kereta aku kat depan dia. Lagi sikit aku nak sembelih orang tu, dah tau salah tersengih sengih lagi. Pengajaran disini, jangan gunakan telefon semasa memandu! Accident tu kat area shah alam dekat pukul 10 malam kot, baru lepas balik dari tengok Transformers kat The Curve. Nasib baik aku tak drive Optimus, kalau tak mampus ko kena belasah dengan Optimus Prime. Hahahaha.
Kemudian 7/7 yakni hari khamis, aku dengan my laling, fufu, fafaxx, syafie, haziq membuat small gathering untuk meraikan si nandos yang akan berangkat ke india untuk sambung study. Sungguh seronok, lazat dan memorable! Kami picnic di klanang, sambil buat sesi photoshot. Sesambil mencekik tu, kami mengimbau zaman hingusan kami dahulu semasa form 1 sampai sekarang. Agak kelakar dan kami ketawa sakan. Tiba-tiba sampai satu moment, semua diam, tarik nafas kot. Nandos jahat gila, dia kata kalau aku diam nampak sangat pelik. Dia kata aku tak pernah diam jadi kalau diam nampak pelik, katanya lagi kalau aku diam mesti tengah fikirkan sesuatu yang jahat. HAHHAHA. Sampai hati dia kan, aku kan memang pendiam dan pemalu. hahaha. Kat pantai klanang tu air tengah surut jadi kami pergi ke tengah laut untuk bergambar. Dengan pasir jerlus dan main lumpur, memang macam anak pesawah! Pastu berbicara mengenai masa depan yang belum pasti. Kemudian bergerak ke pullman putrajaya untuk bergambar lagi. Malam tu pula makan di Garden Cafe di Alamanda Putrajaya. Sangat syiok.
Pada 9/7 ada perhimpunan Bersih 2.0 kat KL, haha. Pada 10/7, my anniversary! Love you laling, love you to the moon and back! Pastu 11/7 sudah kembali ke sekolah. Aku dah semester 5 dow. Tu je kot cerita aku, k dah bye.














