-
Press Conference.

Terbaharu, aqmal telah mengadakan satu sidang media tergempar susulan beberapa kejadian yang dikaitkan dengan aqmal baru-baru ini. Tujuan sidang media ini dijalankan adalah untuk menjawab isu-isu berbangkit yang mendapat perhatian secara drastik dari pihak-pihak tertentu. “Nama saya aqmal, disini saya ingin menjelaskan bahawasanya semua kejadian tersebut adalah satu salah faham dan tidak mempunyai apa-apa makna lain yang tersembunyi apatah lagi berbaur negetif.”
Perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan aqmal apabila diutarakan oleh teman wanitanya baru-baru ini. Aqmal walau bagaimanapun tidak dapat menjelaskan secara terperinci berkenaan hal tersebut sebaliknya menjawab “Ingin saya tegaskan, tidak pernah terlintas di fikiran saya apatah lagi berniat untuk meminggirkan atau menyakiti sesiapapun terutama orang-orang yang sangat saya kasihi.” Menurutnya lagi, aqmal sendiri jarang menggunakan perkhidmatan tersebut disamping telah banyak perubahan ketara yang berlaku pada perkhidmatan tersebut dari masa ke semasa sehingga mewujudkan kekeliruan dan aqmal seterusnya mengambil keputusan untuk membiarkan saja perkhidmatan itu.
Aqmal juga membidas dakwaan beberapa pihak bahawa kejadian itu sengaja dilakukan dan mengatakan bahawa aqmal tidak mempunyai apa-apa sebab dan alasan yang kukuh lagi releven mengapa aqmal ingin mengambil tindakan sedemikian rupa. Kejadian ini telah mendapat liputan meluas dengan beberapa sumber telah melaporkan perihal ini, tambah aqmal ia mungkin berpunca daripada kerosakan dalaman kecil yang tidak disedari dan ia berlarutan sehingga menular ke peringkat yang tidak dapat dikenal pasti. Menurut sumber rasmi, kejadian ini masih dalam siasatan dan diharapkan semua pihak bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi melulu.
“Saya sangat memohon maaf diatas kejadian ini, saya akui wujud kelemahan dalam diri dan mengambil sepenuh tanggungjawab berkenaan isu ini. Diharap semua pihak tidak akan tersinggung dengan kejadian yang sangat memalukan ini.” Ditanya mengenai tindakan yang diambil aqmal bagi membendung kejadian ini, “Buat masa ini, saya akan membuat rombakan dan siasatan dalaman bagi tujuan pembaharuan seterusnya mengelakkan kejadian ini berulang.” Di akhir sidang media itu, aqmal turut menyelar mana-mana pihak yang cuba mewujudkan provokasi yang berniat buruk dan mengambil kesempatan terhadap isu ini. Sekian terima kasih.















