1. text

    Barang lama ku.

    Sebenarnya ini posting sambungan kepada satu posting earlier yang bertajuk Cuti Dow. Dalam posting tu aku cakap nak kemas secara zahir dan batin iaitu kemas bilik dan kemas fail dalam komputer. Perkara yang peliknya adalah, saya masih belum habis mengemas lagi -__- Secara batin iaitu fail-fail dan folder-folder dalam 3 biji komputer sudah hampir dikemas dan mencapai tahap peratusan 83 peratus manakala secara zahir iaitu berkotak-kotak dan bertimbun barang lama pula pada tahap 78 peratus.

    Saya kurang ada masa hendak mengemas ini sebab kerjanya begitu leceh dan menyusahkan. Tapi kalau tak dibuat, sampai bila aku nak hidup dalam kabut kan. Jadi petang tadi aku menyambung proses mengemas dengan membuka kotak-kotak lama yang berhabuk di atas almari dan dibawah katil. Saya punggah semula dan dilabelkan kotak-kotak tersebut. Rasa seperti hendak pindah rumah pula. Banyak barang-barang lama aku masih simpan, kekadang aku tersenyum sendiri mengenangkan memori yang ada pada barang-barang tersebut. Haha. Memori yang pergi tidak akan kembali, hanya terbatas di ruangan minda saja.

    Bila difikirkan balik, banyak barang merepek yang aku pun tak faham kenapa aku masih simpan. Sebagai contoh aku suka simpan resit-resit lama lepas beli barang. Buat apa entah simpan, lainlah dapat diskaun kalau tunjuk resit tu nanti. Resit makan kat restoren dan beli barang paling banyak termasuk resit keluar duit kat atm. Kemudian aku suka simpan price tag kalau beli baju. haha. Paper beg apatah lagi terutama kalau beli kat kedai mahal sikit. hahaha. Kemudian surat-surat lama masa zaman sekolah dulu, pastu senyum sorang-sorang. Termasuk satu surat layang yang aku dapat masa form 3. hahaha. Memori yang sangat manis! Resit-resit itu semua ada cerita yang tersendiri.

    Kemudian ada satu kotak ni aku simpan kabel kabel dan extension lama, ada kad touch n go termasuk adapter, charger, bateri dan benda-benda yang tak dipakai lagi pun. Pastu kan, ada simpan satu filem lama, filem yang untuk kamera dulu-dulu tu. Ni aku beli masa form 1 kot. Zaman kuno belum ada kamera digital lagi. Grrr. Baik, mari selongkar kotak lain pula, ada kad raya! hahaha. Tahun bila punya tah la, zaman dulu-dulu hantar kad raya ni popular, pastu bukan main suka lagi kalau kawan sekelas hantar kad raya, walaupun kat dalam kelas selalu gaduh.

    Kemudian ada set butang baju raya? Sticker P dan beberapa koleksi gambar kelas. Kelakar betul gambar kelas. HAHA! kemudian ada gambar untuk buat buku skrap geografi. Aku masih ada simpan lencana sekolah lama! sangat suka. Kad perpustakaan pun aku ada lagi! waaaaah. Benda yang sweet memory lain adalah kad pelajar untuk tuisyen aku dulu. Haha. Indah betul saat dulu. Sebelum pergi tuisyen singgah beli roti, takpun beli cheesy wedges kat kfc ataupun beli mekdi. Habis tuisyen pergi tengok wayang. haha. Student situ ada yang kerek, show off lencana sekolah diorang konon masing masing nak bangga dengan sekolah diorang. Budak budak betul. Tapi best tuisyen situ.

    Kemudian aku masih simpan kunci loker masa aku duduk asrama dulu :) walaupun mangga dah hilang tapi kunci masih ada. Paling penting, kad matrix masa aku sekolah dulu pun masih ada! Later ada simpan kad peribadi diri yang dapat masa kem pengawas dulu. Pastu ada banyak notebook yang dapat bila datang sesuatu kem atau event. Dan ada kertas undian masa anugerah kelas dulu. Kitorang saja buat award untuk budak-budak kelas masa parti kelas form 4 dulu hehe. Parti tu sangat meletup! Kemudian aku masih simpan keratan akhbar untuk jadual wayang bertarikh 17 Julai 2008. Haha! Ni first time aku tengok wayang beramai-ramai, dekat berpuluh tiket juga lah, semua budak kelas. Lepas sekolah terus tengok wayang cerita Dark Knight.

    Ada juga simpan wrist band genting dulu-dulu. Tak tahu kenapa tak buang lagi, walhal benda tu menyemak saja. Tiket-tiket flight pun simpan lagi. haha. Kemudian aku ada simpan satu kotak popcorn ni, dia besar dan comel. Aku buat dia jadi tempat letak barang. Kemudian satu botol pepsi yang limited. Paling dahsyat, masih simpan mercun party popers haha. ni beli untuk parti apa tah tapi lupa nak guna. Benda-benda lain adalah krimer dan sugar yang aku suka ambil lebih dari restoren dan hotel yang aku pernah pergi termasuk tisunya sekali! Ada juga beberapa pek minuman 3 in 1 dan nescafe yang aku curi dari pantri office tempat aku praktikal dulu. Hahahahhaa.

    Sebenarnya banyak lagi benda-benda pelik yang aku masih simpan. Benda-benda itu semua aku tak rasa nak buang. Walaupun menyemak, tapi aku rasakan ia adalah sebahagian daripada diri aku. Ia adalah salah satu bukti kepada memori yang aku lalui dahulu. Semakin kita meningkat dewasa, kita makin lupa benda-benda yang telah berlaku kepada kita. Aku taknak kenangan dan memori lama terpadam dan hilang begitu sahaja. Semua itu adalah kenangan manis, kenangan silam dan hanya berlaku sekali dalam hidup kita. peace! :’)

About
















I think to say, "If I can't do this, I can just go on to something else," that's just guarding yourself. I feel like this has been the one outlet for extreme emotion. A lot of times if you don't have something to say but you just feel something, it's a good thing to do. You don't have to sit in front of a notebook and say, "What is this that's going on?" It's like running, exertion. You push yourself to a point then you get to clear your head. That's why I do it? I have to keep doing it. I don't know what I would do with myself if I wasn't an actor of my life.


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Everyone now, they look back and they're like, "What happened to your sweet image that you used to be?" And I'm like, then when you came out you thought I was too provocative. It's like you can never win. No matter what you do, at the end of the day you can't please everybody, you know. I'm not here to please...

You know, I have such an appreciation for where I am in my life because I've struggled and because I couldn't get signed, and because I couldn't get played … There are times when it can be a lot to deal with but always when I get up in the morning I try to find that very joyful place that reminds me that I would die if someone took it all away. If someone did that I wouldn't be a person anymore.

I think with anybody who’s doing well in the public eye or whatever, there’s always gonna be a shift because people don’t wanna see somebody happy all the time. And they’re gonna try to take shots at you. People are mean, they try to tumble you down. They love to see you cry and mourn. I guess people are really born to be jealous and threat.

Search

People I follow