1. text

    Buka puasa, buka ketawa.

    Sebenarnya aku tengah bertarung ni. Bertarung sekuat yang aku mampu. Aku bertarung melawan ngantuk yang tak berputus asa mengoda aku dengan janji-janji manis . Segalanya tampak indah, namun aku tahu itu palsu semuanya. Sudahlah, walau sekuat mana aku digoda, sekuat itu juga aku akan pertahankan diri aku demi menjaga martabat blog aku ini dan meng-update sehingga habis. Doakan aku kalian semua. Sambil itu, aku putarkan lagu ini yang menggoncang cognitismi aku. Sila ambil perhatian bahawa lagu itu tiada kaitan dengan artikel ini. 

    Got a secret
    Can you keep it?
    Swear this one you’ll save
    Better lock it, in your pocket
    Taking this one to the grave

    Hari itu pada hari khamis 12 ogos aku sama erin sama repot sama aseh sama bell sama nazri telah berbuka puasa di Ikea. Di sana ada buffet ramadhan. Bertemakan Swedish Food, boleh tahan lah sedap jugak. Itu saja nak cerita. kbye, haha. Kurang enak lah tulis posting pendek-pendek ini kan. Jadi sambung cerita sedikit. Petang itu hujan, kononnya hendak keluar awal tapi lambat juga.  Sebenarnya dulu-dulu beberapa minggu sebelum ini, kami merancang perancangan baik punya hendak melaksanakan misi Final Destination ke dua.  

    Seperti bulan puasa tahun lepas, Final Destination 4 keluar di pawagan pada bulan puasa, begitu juga pada tahun ini dengan Final Destination 5 (apa Final Destination ini memang rancangan khas bulan ramadhan ke) Sudah plan, mahu buka di hotel mana, dan perancangan sepanjang malam termasuk sahur sekali. Namun berita kecewa menampar di pipi kami semua. Terasa penangan hebat dan kami melambung ke lembah duka. Hasil siasatan dan risikan, Final Destination 5 hanya akan sampai ke malaysia pada 25 hari bulan ini. Bermakna rancangan itu terpaksa ditanggungkan pula.

    Jadi sebagai rancangan pengganti pada 12 ogos tersebut, kami berbuka puasa di Ikea sahaja. Dengan harga yang murah, kami dapat melantak dengan sepuas-puasnya. Bayangkan ya tuan-tuan semua, kami ada 6 orang, tapi pinggan yang ada di atas meja kami mencecah sehingga 16 buah pinggan! Itu tidak termasuk pinggan kecil, cawan dan mangkuk-mangkuk lain. =.=’ buat seketika aku berasa segan silu pula apabila ada mata-mata liar yang menjeling ke arah meja kami serta beberapa pandangan sinis yang dilontar. Tapi suka hati kami lah kan, mereka cemburu kenapa, nak rasa pergilah ambil sendiri, jangan nak jeling-jeling pula. hahaha. Tapi kami akhirnya akui, perasaan tamak akhirnya memakan diri.  daripada berbelas pinggan itu, hanya beberapa keping saja yang benar-benar licin, kebanyakkannya cuma secubit-secubit kemudian dah reject, rasa yang lain pula. Langsung tak menjiwai semangat ramadhan al mubarak betul lah.

    Yang paling ketara adalah si pak ustad di meja sebelah serta si cina yang meja lagi sebelah satu, setiap 5 minit pasti menjeling. Tak puas hati ke ape. terasa nak menyamar pun ada ‘kami dari persatuan ‘food critique’ kami ingin menilai makanan sebab itulah kami terpaksa rasa kesemuanya’ bagus juga idea aku ini.

    Why when we do our darkest deeds
    Do we tell?
    They burn in our brains
    Become a living hell
    No one keeps a secret

    Itu iklan lagi ye, setelah kenyang gila-gila sampai nak termuntah bila tengok makanan, kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada makanan-makanan yang lain. ‘maaf, jodoh kita tak panjang. telah ku cuba untuk memenangi perlumbaan ini, tapi hatiku telah tewas dalam gelora luka. Maafkan aku kerana memungkiri janji, telah ku cuba untuk tidak mengkhianati perhubungan ini, namun telah tersirat takdir dimana kita akan berpisah. selamat tinggal.’ aku terpaksa berpisah juga dengan 3 biji hotdog yang ku beli dengan harga rm2 setiap satu, maaf, aku cuma mampu menghabiskan setengah sahaja. lagi 2 setengah terpaksa aku tinggalkan, diatas meja itu. disaat aku meninggalkan tempat itu, aku merenung dari jauh ke atas meja, mata ku bergelinangan air mata, tak tertahan untuk aku meninggalkan hotdog aku itu. pipi ku mula basah. namun aku tabahkan setiap langkah ku untuk terus berjalan tanpa menoleh. akan ku ingat saat-saat manis yang kita lalui bersama, senyum mu, bau mu, segala-galanya. selamat tinggal. 

    if i show you,
    then i know you wont tell what i said.
    because two can keep a secret
    if one of them is dead.  

    Sesudah bermakan-makan. kami menuju ke cineplex. mana tahu ada nasib baik tiba-tiba muncul cerita Final Destination itu. Tapi nasib tak menyebelahi. Tak apalah, kami redha dengan ketentuan ilahi ini. Sebelum itu, kami ada beli barang sedikit di dalam Ikea, aku beli kotak, repot beli jam dinding dan erin beli kuih raya. dan dia tak bagi plastik. jadi boleh bayangkan tak, kami jalan-jalan kat The Curve dengan sorang bawa jam, sorang bawa kuih raya sorang bawa kotak. macam jurujual! Tapi yang tak boleh tahan si erin boleh berlakon jadi makcik jual kuih raya ‘adik beli kuih raya dik’ hhahahahahhahaha sumpah kelakar gila. kat tengah shopping mall boleh mengendong kuih raya. aku gelak separuh mati tengok si erin. dengan gaya dia lagi. ya allah, sakit perut gelak. dah la perut kenyang gila, pastu gelak macam nak gila lagi. ‘adik tolong beli adik, akak nak balik klate malam ni dah nak naik bas dik, tolong beli kueh dik.’

    Aku gelak gila, sumpah aku pun tak tahu kenapa aku gelak macam tu. lagi aku suruh stop lagi dia buat, makin kuat la aku gelak. aku siap lari lagi sebab dah tak tahan gelak. Tetiba segan pulak aku main lari-lari depan orang. Dah la aku tinggi, dan comel nak terkinja-kinja main lari-lari pula. Si repot pula mulakan adegan nak jual jam dia. hahahhha. apasal la korang sengal sangat malam-malam macam ni. Dah la jam dinding yang besa gedabak tu. Orang pandang pelik ja, asal la mamat ni jalan bawa jam dinding, macam jam tangan tak cukup besa je sampai keluar rumah pun nak bawa jam dinding. haahha. klaka gila wey! Kuih raya pula dengan kuih tat nye lagi, sebiji macam penjual kuih tahu tak.

About
















I think to say, "If I can't do this, I can just go on to something else," that's just guarding yourself. I feel like this has been the one outlet for extreme emotion. A lot of times if you don't have something to say but you just feel something, it's a good thing to do. You don't have to sit in front of a notebook and say, "What is this that's going on?" It's like running, exertion. You push yourself to a point then you get to clear your head. That's why I do it? I have to keep doing it. I don't know what I would do with myself if I wasn't an actor of my life.


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Everyone now, they look back and they're like, "What happened to your sweet image that you used to be?" And I'm like, then when you came out you thought I was too provocative. It's like you can never win. No matter what you do, at the end of the day you can't please everybody, you know. I'm not here to please...

You know, I have such an appreciation for where I am in my life because I've struggled and because I couldn't get signed, and because I couldn't get played … There are times when it can be a lot to deal with but always when I get up in the morning I try to find that very joyful place that reminds me that I would die if someone took it all away. If someone did that I wouldn't be a person anymore.

I think with anybody who’s doing well in the public eye or whatever, there’s always gonna be a shift because people don’t wanna see somebody happy all the time. And they’re gonna try to take shots at you. People are mean, they try to tumble you down. They love to see you cry and mourn. I guess people are really born to be jealous and threat.

Search

People I follow